25 Ogos 2013 - 19:30
Pengganas suntik mayat dengan bahan kimia

Sebuah video yang menunjukkan kumpulan pengganas menyuntik bahan kimia ke dalam mayat untuk mengaburi mata penyiasat PBB

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Ketika pemberontak Syria bersama negara Arab dan Barat mencanangkan berita askar Syria menggunakan gas beracun dalam pertempuran, sebuah video yang menunjukkan mayat-mayat disuntik bahan kimia untuk mengaburi penyiasat antarabangsa.Dalam klip ini, seorang lelaki dan perempuan berpakaian jururawat sedang menyuntik bahan ke dalam jasad-jasad manakala media yang menyiarkannya pula membuat pengakuan bahawa mereka ini adalah anggota pengganas.Video ini tersebar ketika Ban Ki Moon mengirim pasukannya untuk menyiasat dakwaan penggunaan senjata kimia di kalangan tentera kerajaan.Sebaliknya ketua Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Antarabangsa Muhammad Shahid Khan dalam wawancara bersama teelevisyen al-Mayadin berkata, kumpulan pengganas di Syria dituduh menggunakan senjata kimia. "Mereka memperalatkan demokrasi dan hak asasi manusia untuk menentang presiden Bashar Assad. Mereka sengaja memasukkan isu gas kimia sedangkan pengganas ini yang menggunakan kimia untuk menentang kerajaan. Kumpulan pengganas menggunakan gas Sarin dan kimia yang lain."